Wednesday, June 27, 2007

Israel musnahkan 18 000 rumah Palestin sejak 1967

Israel musnahkan 18 000 rumah Palestin sejak 1967

Sebuah pertubuhan Hak Asasi Israel mendedahkan lebih 18 000 kediaman telah dimusnahkan sejak Israel menduduki Palestin 40 tahun yang lampau. Menurut pertubuhan tersebut juga, perkara pertama yang dilakukan oleh Israel (Baca penjajah) pada tahun 1967 adalah memusnahkan rumah kediaman. Pada tengah malam 11 Jun 1967, 135 keluarga yang menghuni kawasan barat al-Quds dikejutkan oleh jentera penyodok Israel yang menyerang rumah-rumah mereka. Dua buah masjid turut dirobohkan dalam kejadian itu. Peristiwa tersebut dikatakan bertujuan untuk menyediakan halaman terbuka di depan dinding Buraq yang bersambung dengan Masjid Aqsa.

Pihak pertubuhan Hak Asasi itu seterusnya menyatakan akan menghantar surat kepada pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB mendesak agar melaksanakan ketetapan Majlis Keselamatan Negara nombor 252 yang diputuskan selepas kejadian pemusnahan tersebut. Ketetapan itu adalah berupa arahan kepada pihak Israel supaya menghentikan kerja-kerja pemusnahan dan larangan daripada sebarang aktiviti yang boleh merubah kedudukan al-Quds. Bagi menjayakan kempen pembinaan semula ini, ‘kami akan berpindah dari tapak Barat al-quds menuju ke negeri berdekatan, Salwan yang turut dimusnahkan,’ tambah pihak pertubuhan terbabit.

Dari Akhbar Liwa Islami bil 1325; 28 Jamadil ula 1428 h bersamaan 14 Jun 2007 m

[+] Baca Lagi

Tuesday, June 26, 2007

Akil Hayy ditahan Jais, arak pula dibiarkan berleluasa!

Roy Rasul
Mon | Jun 25, 07 | 05:17:26 PM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - Apakah jadahnya? Juara menyediakan arak tidak ditahan, tetapi pendakwah dianiaya dan ditahan dari menyampaikan syariat Islam.

Semalam, Harakahdaily menyiarkan berita tiga anak Melayu yang menjadi juara menyediakan arak, dan agak malang pihak penguatkuasa agama membuta mata dan memekakkan telinga tanpa memgambil sebarang tindakan walaupun ia dilaporkan secara gah dalam akhbar The Star, 15 Jun 2007 yang lalu.

Hari ini, pihak Harakahdaily mendapat laporan bahawa pendakwah dan penyanyi nasyid, Akil Hayy telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada malam 23 Jun lalu dan akan disoalsiasat oleh jabatan berkenaan esok (26 Jun 2007).

ImageBeliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini, berkata, soal siasat tersebut dibuat atas dakwaan berceramah tanpa tauliah di bawah enakmen undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor.

Dalam kejadian tersebut Akil Hayy ditahan oleh unit penguatkuasa Jais ketika beliau berceramah di surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Sri Kembangan, Serdang, Selangor.

Sementara itu, dakwa penyanyi yang bernaung di bawah Inteam records dengan kerjasama EMI, ceramah agama yang disampaikan pada malam itu bertajuk 'silaturrahim' dan tidak ada mengena isu politik.

Malah dakwanya ceramah tersebut dihadiri semua masyarakat tanpa mengira fahaman mana-mana politik.

Beliau yang merupakan penceramah tunggal di majlis berkenaan, berkata, motif ceramah tersebut adalah untuk mengerat tali siratul rahim antara satu sama lain.

Ceramah tersebut juga katanya, dilakukan di dalam surau dan tidak melebihi jam 12.00 tengah malam.

Namun katanya, belum lagi beliau berada di pentas beberapa anggota polis dan unit penguatkuasa Jais sudah berada di surau berkenaan.

Katanya lagi sebaik saja beliau selesai berceramah beliau didatangi beberapa pegawai Jais dan mereka menyatakan bahawa beliau ditahan kerana berceramah tanpa tauliah.

Selepas itu katanya, beliau terus dibawa di Balai Polis Seri Kembangan.

Bagaimanapun dakwanya, setibanya di balai berkenaan beliau tidak pun diambil keterangan oleh pihak polis sebaliknya pegawai Jais sendiri mengambil kes tersebut.

"Saya tak faham mengapa saya tidak dibawa ke pejabat Jais sebaliknya dibawa ke balai polis. Adakah pihak Jais sengaja mendera minda dan jiwa saya kerana kes itu langsung tidak dilibatkan dengan polis.

"Bahkan setelah saya bersama beberapa orang yang menemani saya berada hampir tiga jam di balai polis, tiba-tiba pegawai Jais yang bernama Mohd Rizalnuddin mengambil keterangan saya dan memberi jaminan agar saya untuk hadir ke pejabat Jais di Shah Alam esok," katanya yang pertama kali ditahan sejak terlibat dengan dunia dakwah dan artis.

Katanya, walaupun beliau sedar majlis tersebut dipantau pihak berkuasa beliau tetap menyampaikan dakwahnya bagi menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Antara intipati dakwah saya ialah menyuruh hadirin menutup aurat, para remaja tidak mendekati gejala dadah, tidak terlibat dengan gejala sosial dan jenayah.

"Kerana itu saya bersyukur kerana kes saya ini bukan kerana terlibat dengan jenayah sebalik saya ditahan kerana menegak agama Allah," katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya beliau meminta semua jemaah Islam memohon doa agar Allah SWT memberi petunjuk kepada mereka menzalimi orang yang menegakkan agama Allah. - mks.


[+] Baca Lagi

Monday, June 25, 2007

Dari akhbar Mesir

Tiga sekolah Islam Holland ditutup

Timbalan Menteri Pendidikan Holland, Sharon Dexma, telah mengumumkan keputusan menutup tiga buah sekolah Islam (bagi pengajian asas) di Amsterdan. Dalam ucapan beliau kepada pihak parlimen menyatakan bantuan kewangan dari pihak kerajaan kepada ketiga-tiga buah sekolah tersebut akan dihentikan bermula Ogos depan. Manakala para pelajar yang terlibat pula mestilah mencari sekolah yang baru. Tiga buah sekolah tersebut ialah; Sekolah al-Faruq di bandar Ziebergh, Sekolah at-Taqwa yang terletak di selatan bandar ibu kota, dan Sekolah Ibrahim al-Khalil di sebelah Timur bandar Amsterdan.

Dexma memberitahu penutupan tersebut adalah kerana sekolah-sekolah berkenaan tidak mempunyai pentadbiran yang baik sejak dari tahun lepas bermula dengan kelemahan di sudut kewangan. Selain itu mutu pencapaian yang rendah sebagaimana laporan dari Kementerian Pendidikan turut menyumbang kepada perkara ini. Seterusnya sekolah-sekolah berkenaan dikendalikan oleh individu-individu yang bersifat sementara tanpa membentuk sebuah pengurusan yang baru dan tetap.

Penutupan ini merupakan kali pertama berlaku dengan arahan rasmi kerajaan. Dalam masa yang sama pihak Penyelia Kementerian Pendidikan turut memberi amaran kepada 21 buah sekolah Islam yang lain pada awal tahun ini akan mengambil tindakan yang sama dengan dakwaan mutu pencapaian yang rendah, kepincangan pentadbiran dan tidak membantu mengintegrasi orang Muslim dengan masyarakat Holland.

Dari akhbar Liwa Islami 6 Jamadil akhir 1428 bersamaan 21 Jun 2007 Khamis

[+] Baca Lagi

Friday, June 22, 2007

Anak Melayu Juara pertandingan sediakan arak!

M Khaleel Kas & Ahmad Hazeiq
Fri | Jun 22, 07 | 04:23:45 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Apa nak jadi dengan umat Islam di negara ini? Tidak cukup dengan pelbagai gejala yang melanda, kini disebut pula sebagai juara dan pakar penyediaan arak Malaysia!

Demikian antara yang termampu diucapkan dengan pendedahan yang dikemukakan oleh Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Dalam emel yang dihantar, turut dirakamkan beberapa gambar sang Juara Melayu yang sedang asyik menyediakan arak dalam sebuah pertandingan di ibu kota.

Ikuti pendedahan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ini. ______________________________________________

Semalam, seorang sahabat menghantar satu email yang agak menarik.

Artikel bertajuk "Bartenders whip up a storm at contest", terbitan akhbar The Star 15 Jun 2007 menarik perhatian saya seketika.

Lewat membaca artikel tersebut saya agak sedih melihatkan nasib anak-anak muda kita di Kuala Lumpur ini. Kehidupan mereka dipenuhi dengan ujian dan kadang kala ujian yang menyeronok seperti ini merosakkan mereka dan imej umat Islam sendiri.

Tiga orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere Bartender of the Year 2007 (Malaysia) anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai pertandingan ini.

ImageAcara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere Cytrus atau Belvedere Pomarancza.

Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh artis Melayu dari Sarawak iaitu Camelia.

Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga telah memenangi tempat kedua Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza Zulkifle dari The Loft Kuala Lumpur.

ImageIni hanyalah sebahagian kecil dari gejala-gejala yang telah merosak anak-anak Melayu. lantaran inginkan keseronokkan dunia dan kemewahan wang ringgit beserta sedikit kemasyuran mereka telah dipedaya dan akhirnya terus tenggelam hanyut dalam dunia hitam ini.

Inilah dia sumbangan terbesar Projek Islam Hadhari kepada generasi kita. Mereka tak boleh minum arak kerana ia haram disisi Islam. Jadi bartender untuk hidangkan arak lebih kecil dosanya tapi dalam masa yang sama ia perlu sebagai menunjukan dakwah kita dan keterbukaan Islam kepada yang bukan Islam. Kita raikan orang bukan Islam yang meminati arak ini, tak mengapa. Itulah dia cara Islam Hadhari diterjemahkan. Yang penting adalah kemajuan imej dan prasarana serta menjaga hubungan dengan setiap bangsa termasuklah meraikan kehadiran pelancong.

Islam Hadhari mahu majukan negara ini dengan apa cara sekali pun, dapat dosa sedikit tak apa sebab kita boleh ganti dengan pahala lain bila buat benda-benda baik, buat masjid, buat bank Islam, Takaful, Tabung Haji dan macam-macam lagi. Tak apa hidangkan arak sebab kita tak minum pun, yang penting niat kita baik dan setiap amal itu bermula dengan niatkan. Niat kita baik mesti dapat pahala, betul tak Imam hadhari?

ImageSebab tu di Kuala Lumpur ini, kerajaan mengHALALkan operasi pusat-pusat hiburan berupa disko, pub, bar, cafe dan restoran. Semua ini amat penting bagi memastikan pelancong dapat ditarik masuk ke negara kita. Sambil menari dan mabuk-mabuk mereka boleh memahami pendekatan Islam Hadhari yang begitu toleran. Sambil menyelam dilautan dosa kita berdakwah, bila naik ke darat kita cucilah dengan amal jariah....

Memang mudah kalau kita fikir macam pengikut mahzab Hadhari ini. Malam buat dosa, siang esok kita buat pahala pulak. Akhirat nanti, separuh hari kat neraka, separuh lagi duduk kat syurga, jadi cam burger setengah masak pun ok kan Imam Hadhari...

Fikir-fikirlah apa yang akan kita lalui selepas ini. Sesungguhnya setiap amal itu akan dihitung oleh malaikat, dan akhirat kelak kita akan nikmati hasil yang kita usahakan pada hari ini. Baik buruk telah kita diajarkan maka pandai-pandailah bawa diri. Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” - mks.


[+] Baca Lagi

Pelajar Al-Azhar dibunuh rakan


Pelajar Al-Azhar dibunuh rakan: Mangsa bukan sasaran

Oleh Nazarali Saeril, Asnawi Daud dan Zaid Salim

KUALA TERENGGANU: Keluarga pelajar jurusan Usuludin di Universiti Al-Azhar cawangan Mansourah, Mesir, Mohamad Ishak, 22, yang mati ditikam di rumah sewanya, malam kelmarin, percaya mangsa bukan sasaran penyerangnya.

“Saya dan keluarga percaya Mohamad menjadi mangsa akibat tersalah sasaran,” kata Hussin, 28, abang kepada Allahyarham yang ditemui di rumah keluarganya di Kampung Pengkalan Rajawali, Chendering di sini, semalam.

Menurut Hussin, adiknya parah di kepala, muka, mata dan badan selepas ditetak oleh rakan sekuliahnya juga dari Malaysia.

Berikutan kecederaan itu, katanya, Mohamad disahkan meninggal dunia di Hospital Antarabangsa As-Sallam, kira-kira jam 8.30 malam waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia) yang terletak tiga kilometer dari rumah sewa itu.

Katanya, dia dan keluarga menerima berita kematian Allahyarham selepas diberitahu abang kembarnya, Hassan, yang mendapati maklumat itu daripada rakan di universiti berkenaan, pada jam 8 pagi semalam.

“Sebaik menerima berita itu, saya menghubungi Kedutaan Malaysia di Mesir dan pegawai terbabit mengesahkan kematian itu kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam),” katanya.

Selepas itu, kata Hussin, dia menghubungi Yang Dipertua Dewan Perwakilan Mahasiswa-Mahasiswi Mansourah dikenali sebagai Ali Zulfakar yang kemudian memberitahu punca kejadian berkenaan.

Menurutnya, dia difahamkan, penyerang yang juga dikenalinya ketika menuntut di universiti sama dua tahun lalu pergi ke rumah sewa Allahyarham yang tinggal bersama dua lagi pelajar Malaysia. Seorang berusia 24 tahun dari Kedah dan seorang lagi dari Terengganu.

“Saya difahamkan penyerang dan pelajar dari Kedah itu berselisih pendapat. Dia kemudian pergi ke rumah berkenaan untuk mencari pelajar dari Kedah itu yang kebetulan tiada di situ.

“Penyerang yang mungkin geram kerana gagal mencari sasarannya dikatakan terus menyerang adik saya dan menikamnya dengan pisau yang diambil dari dapur rumah itu.

“Ketika itu, hanya adik saya berseorangan sedang bermain komputer,” katanya.

Hussin berkata, dalam keadaan berlumuran darah, Mohamad cuba mempertahankan diri dan berlari masuk ke dalam bilik sambil merayu supaya tidak terus dicederakan, tetapi tidak diendahkan.

Katanya, Mohamad yang terus ditikam menjerit hingga didengari seorang lelaki Arab yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum cuba membantu menyelamatkan mangsa.

Adiknya kemudian dihantar beberapa penuntut ke Hospital Mansourah.

Dengan kejadian menyayatkan hati itu, hasrat keluarga melihat Mohamad mengikut jejak dua abangnya menamatkan pengajian di universiti itu tidak kesampaian.

Allahyarham baru selesai menduduki peperiksaan selama hampir sebulan yang berakhir Ahad lalu.

Dia belajar di universiti itu dengan perbelanjaan sendiri kerana gagal menerima tajaan dan keluarganya terpaksa menghantar wang RM200 sebulan.

Hussin yang pernah belajar jurusan sama di universiti itu selama empat tahun sebelum kembali ke tanah air pada 2005, berkata berdasarkan kenyataan rakannya, suspek dipercayai mengalami tekanan akibat peperiksaan.

“Saya juga mengenali suspek ketika menuntut di universiti itu dan dia seorang pendiam,” katanya yang menyifatkan Allahyarham seorang insan yang baik dan bijak bergaul.

Walaupun Hussin dan keluarganya merasai kehilangan Allahyarham, mereka reda jenazahnya dikebumikan di Kaherah, kira-kira dua jam perjalanan dari Mansourah.

“Kami tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan lebih RM10,000 untuk urusan membawa pulang jenazah,” katanya.

Bagaimanapun, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Sajulia Ahmad dalam SMS kepada media memberitahu, Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh bersetuju kerajaan negeri membiayai kos membawa pulang jenazah Allahyarham dari Mesir.

Menurutnya, urusan itu akan dilaksanakan melalui Yayasan Terengganu.

Sumber: Harian Metro 15/06/2007.


[+] Baca Lagi

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru Ibrahim Abd Wahab (Sel) & Noraimie Darno (Sel) yang pegang hantaran tu.. Pengantin Lama :) merangkap saksi utama kejadian:)

20 Jun 2007 merupakan tarikh bersejarah buat pasangan Ibrahim Abd Wahab dan Noraimie Darno yang telah selamat diijab kabulkan di hadapan Pegawai Atase Bahagian Pendidikan di surau Kedutaan Malaysia Kaherah. Haji Idris Mastor telah sudi menghantar mereka ke sana. Semoga mereka berbahagia di dunia dan di akhirat. Antum yang lain bile lagi :). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibrahim Abd Wahab di rumah dia sendiri :)

[+] Baca Lagi